
Adakah rakyat Malaysia akan dijangkiti kanser akibat daripada iPhone atau Toyota Prius anda?
Saya pergi ke tapak kilang pemprosesan yang terkenal and menyiasat rancangan untuk membina yang baru.
Oleh Kiera Butler | Isnin Feb. 13, 2012 3:00 AM PST
http://motherjones.com/environment/2012/02/rare-earths-lynas-bukit-merah-malaysia
Salam dari Malaysia! Saya berada di sini untuk melaporkan berkenanan projek bagi 17 unsur di bawah periodic table di kenali sebagai “nadir bumi” atau “rare earths” [1], menjadi kunci kepada pembuatan product berteknologi tinggi dari telefon pintar, computer riba, kincir angina and motor kereta hybrid, hingga teknologi pertahanan termasuk enjin tank, radar dan sistem sonar dan sistem navigasi dalam bom pintar. Pada beberapa dekad yang lepas, China mula pengeluar utama nadir bumi untuk pasaran dunia, mengeluarkan lebih 97 peratus bekalan dunia. Tetapi sejak lewat 2010, China telah memotong export sebanyak 35 peratus dalam mengekalkan logam berharga untuk pengeluar mereka sendiri. Harga nadir bumi naik secara mendadak dan lombong di negara lain mula bercambah.
Salah satu yang terbesar ialah Lynas [3], syarikat dari Australia. Syarikat ini melombong bahan mentah di Australia dan membina kilang pemprosesan di Malaysia. Ia telah di anugerah lesen operasi sementara, syarikat berkenaan berkata apabila siap and beroperasi, membolehkan ia membekalkan satu per lima bekalan nadir bumi dunia. Jika berdasarkan perancangan, nadir bumi Lynas boleh ditemui pada televisyen paparan rata di kedai-kedai Best Buy dan Toyota Prius di pengedar kawasan kejiraan anda.
Oleh kerana nadir bumi biasanya bersama unsur-unsur radioactive seperti thorium dan uranium, keseleamatan menjadi isu utama. Jurutera telah melahirkan kebimbangan berkenaan rekabentuk kilang pemprosesan Lynas seperti laporan akbar New York Times [4]. Sebilanagan rakyat Malaysia mensyaki Lynas memilih memproses di Malaysia bagi mengelakkan undang-undang alam sekitar yang lebih ketat di Australia.
Saya telah menjelajah bersama bersama Lee Tan, perunding alam sekitar yang membesar di Kuantan dan kini tinggal di Australia. Tahun ini, Lee telah menghabiskan kebanyakan masa lapang beliau untuk menghalang kilang pemprosesan dari di buka. Kata beliau, “Ibu saya tinggal di Kuantan, adik dan kakak juga bercadang untuk bersara di sana, kini mereka tidak berapa pasti”.
And tidak boleh menyalahkan keprihatinan mereka; Malaysia sebelum ini telah menjadi hos kilang pemprosesan nadir bumi di mana pengalaman yang menyediahkan. Pada 1979-1992, syarikat Jepun – Mitsubishi mengoperasi kilang pemprosesan Asia Rare Earth di mana memproses bahan mentah untuk alat elektronik bagi peminat serata dunia. Semenjak itu, di kampong berhampiran terdapat sebilangan kes kelahiran bayi tidak normal dan lapan kes kanak-kanak mengidap leukimia. Mitsubishi masih lagi mengendalikan tapak yang bermasalah berkenaan. ; New York Times [5] melaporkan ” pembersihan radiasi terbesar hingga kini dalam industry nadir bumi”.
Saya ingin melihat sendiri kilang pemprosesan yang telah ditutup beberapa hari lepas, saya dan Lee menaiki keretapi di Kuala Lumpur, Malaysia yang bising and mengembara dua jam ke utara menuju Ipoh di mana bandar yang bersahaja yang terkenal dengan masakan China. (Jika anda pingin menjejakkan kaki di sana, berikan peluang kepada diri anda untuk mencuba sepinggan besar nasi atau mee bersama sos kari dan segelas kopi putih manis “white coffee “ ais [6].). Dari Ipoh, Kow Tiooong Hari, ahli perniagaan tempatan membawa kami beberapa batu keluar ke kawasan luar Bandar yang dikenali Bukit Merah untuk mencari tapak bekas kilang pemprosesan Asia Rare Earth.
Saya tidak pasti apa yang saya akan lihat, mungkin peninggalan kilang yang seram atau beberapa papan tanda “No Tresspassing”. Akan tetapi, akan menjumpai padang yang kelihatan biasa. Tiada siapa yan peduli, lalu kami keluar dari kereta and berjalan kecuali lelaki di lot bersebelahan.

Saya menuju balik ke kereta dengan perasaan sedikit bersemangat. Jika bekas tapak kilang berkenaan nampak biasa , mungkin semua orang di Bukit Merah sudah lupa setelah dua dekad sejak kilang berkenaan ditutup. Dia menaikkan kening beliau lalu berkata “bagaimana mereka bole,la?” (rakyat Malaysia biasa menggunakan “la” di pengakiran ayat untuk memberikan sedikit “oomph”). Kami bercakap dengan penduduk tempatan dalam beberapa hari, saya mula menyedari apa yang dia maksudkan.

Kami melawat lelaki yang berkerja sebagai penyembelih bernama Hew Yun Tat di rumah kecilnya dan berangin di Bukit Merah. Di ruang tamu, anak beliau sedang mengikat carik kulit, di mana beliau ambil di kilang kasut tempat dia bekerja. Dua anak kecil masuk dan keluar dari bilik di mana kami duduk. Kami dapat mendengar bunyi jubin Mah Jong diluar. Bahasa Inggeris Hew tidak berapa bagus, jadi, Lee, yang fasih berbahasa Inggeris, Melayu dan seolah-olah semua dialek China yang kami jumpa, bertanyakan beliau bagaimana kisah kilang pemprosesan. Dia mengeluh dan berkata, “pada mula, kilang seakan-akan idea yang sangat baik”. “Sejak lombong timah lama ditutup, tidak terdapat pekerjaan di kawasan sekitar dan bayaran di kilang pemprosesan sangat baik, sejak itu – kami mula mengalami masalah”. Hew berkata dia akan tunjukkan apa yang dia maksudkan.
Kami menaiki kereta Hew untuk berjumpa pemilik stesen minya Esso tempatan, lelaki yang berumur lewat 60-an yang dulu mendapat kontrak dengan Asia Rare Earth bagi memindahkan sisa keluar dari kilang berkenaan (beliau tidak mahu saya menggunakan nama sebenar atau mengambil gambar beliau, jadi saya panggil beliau “Esso man”). Sambil menunggu di waktu tengah hari, kami duduk di café terbuka lalu memesan pencuci mulut besar yang dalamnya ais krim, beberapa kepingan jeli dan kacang merah. Esso man memberitahu kami dan mengambarkan nya dalam dialet Mandarin berkenaan mengangkut sisa. Dia berkata “Apabila saya mendapat kerja, saya hamper tidak percaya tuah saya”. Asia Rare Earth membayar tiga kali ganda dari biasa. Pegawai kilang tidak pernah memberitahu secara specific bagaimana atau dimana beliau dan tiga pemandu beliau untuk membuang sisa dari kilang. Mereka dibayar berdasarkan muatan, jika semakin cepat perjalanan, lagi banyak duit yang mereka peroleh. “Kekadang mereka beritahu pada kami ia adalah baja, jadi kami bawa ke ladang tempatan. Pakcik saya adalah peladang sayur, jadi saya berikan pada beliau”. Pada masa lain, pegawai kilang pemprosesan berkata ia adalah kapur tohor, jadi salah seorang pemandu mengecat rumah dengan ia, “dia fikir bagus ia dapat menghalau nyamuk dan tikus” kata Hew lagi.
Setelah beberapa tahun, orang mula mensyaki sisa dari kilang berkenaan bukan baja atau kapur tohor. Penduduk Bukit Merah mula merasakan angina protest dari Bandar berdekatan Papan di mana Asia Rare Earth merancang membina tempat pembuangan. “Kami tidak tahu apa itu sisa radioaktif, kami belajar sendiri tentangnya” kata Hew.
“Apabila kita telah belajar, kami betul-betul marah apabila kami telah didedahkan kepada benda ini” kata Hew lalu dan beberapa rakan mengadakan protest pada masa itu. Pada 1987, kerajaan telah menhumban Hew ke dalam penjara selama dua bulan. Apabila beliau keluar, beliau terus menyambung protest. Tidak sehingga lima tahun kemudia mahkamah tinggi akhirnya menutup kiland berkenaan. “Tetapi kerosakan telah terjadi” kata beliau.
Seterusnya, Hew membawa kami ke rumah berdekatan milik Lai Kwan, wanita berumur 69 tahun yang bekerja sebagai buruh pembinaan di kilang berkenaan semasa beliau mengandung. Beliau mendengar khabar angina sekitar kilang berkenaan yang bahan yang diproses itu berbahaya, lalu beliau berhenti kerana risaukan kandungan beliau. Selepas beberapa bulan, anak lelaki beliau, kini berumur 30 tahun dilahirkan cacat dan buta. Anak Lai Kwan memerlukan jagaan sepenuh masa, jadi Lai Kwan tidak bekerja. Beliau risau apa akan terjadi pada beliau apabila dia tidak dapat menjaga anak beliau lagi. “Kini semakin susah dan dia berat dan saya ada arthritis” kata Lai Kwan. Beberapa bulan lalu, ahli politik tempatan melawat dan berjanji untuk membantu, surat khabar tempatan ada membuat liputan. Tetapi tiada tindakan susulan dari ahli politik berkenaan. “Setiap kali saya telefon, dia kata dia terlalu sibuk” kata Lai Kwan sambil menunjukkan gambar ahli politik berkenaan dan anaknya di dalam surat khabar tempatan.

Apabila kami meninggalkan rumah Lai Kwan, Hew ingin memperkenalkan kami kepada Rela (saya menukar nama beliau atas permintaan), Hew menjelaskan ibu Rela berjalan sekitar kilang pemprosesan untuk pergi ke tempat kerja setiap hari semasa mengandungkan Rela, kini Rela selalu mengalami masalah kesihatan. Akhirnya kami dapat jejaki beliau yang kini bekerja di kedai kain berdekatan bandar Ipoh .
Rela seorang yang malu and senang ketawa. Rakan sekerja terdiri dari trio, 3 orang lelaki yang seolah-olah pengawal peribadi,berada berhampiran untuk membantu menterjemah. “Saya berada di hospital selama lebih 20 hari semas bayi” kata Rela.
“Saya selalu mendapat sakit kepala yang berat dan batuk berdarah”. Beliau tidak tahu akan keadaan beliau kemudian di beritahu oleh pakar perubatan, Dr.Jayabalan, dia mengalami pelbagai kecacatan kongenital. “Kes beliau bukan yang terburuk” kata Dr. Jayabalan. Beliau juga merawat lapan kanak-kanak Bukit Merah yang mengalami Leukimia, tujuh dari mereka telah meninggal dunia.
Kemudian pemandu kepada Esso man, tiga dari mereka meninggal dunia pada usia muda, tidak seorang pun hidup melepasi umur 50 tahun. Kini, Esso man mengalami kesihatan dari keadaan kulit yang menyebabkan kesan-kesan putih pada tangan beliau. Kekadang beliau berfikir mungking ia berkaitan kepada pendedahan kepada sisa tapi mungkin sebab stress. “Saya rasa menyesal apabila berkerja untuk syarikat berkenaan. Saya rasa berat hati saya berikan kepada mereka sisa toxic, malah kepada pakcik saya sendiri” kata beliau.
Kami bercakap dengan beberapa orang lain, ramai antara mereka kawan-kawan mereka telah mengalami masalah kesihatan akibat dari kilang berkenaan. Kami juga melawat pekan kecil berdekatan Papan, di mana terdirit dari rumah-rumah lama, kedai mah-jong and beberapa orang tua yang “cute” di mana anak-anak mereka telah lama berpindah. Di belakang Papan, terletak banjaran gunung Kledang ialah tempat pemgabdian sisa radioakktif dari kilang pemprosesan Asia Rare Earth. Pada 2010. Selepas 28 tahun kilang ditutup, media perdana Malaysia melaporkan terjumpa bekas menyimpan thorium adalah tidak selamat. Kini, Mitsubishi sedang membina facility baru. “Saya risau tentang sisa pembuangan itu dan saya mahu meninggal dunia di sini” kata seorang balu berusia 86 tahun. Beliau tidak mahu meninggalkan papan setelah hidup sepanjang hayat di Papan”

Papan, perkampungan paling hampur tapak pembuangan Asia Rare Earth
Saya bertanya kepada Hew sama ada kerajaan akan membantu orang yang telah kami jumpa. Dia berkata Tidak pernah kajian epidemologi di kawasan berkenaan, tiada seorang pun dapat membuktikan secara teknikal kilang pemprosesan Asia Rare Earth yang menyebabkan masalah kesihatan. Namun demikian, dalam FAQ [8], Lynas memberikan penekanan yang kilang pemprosesan nadir bumi miliknya adalah “sangat berbeza berbanding kilang nadir bumi Bukit Merah” dan “standard sekarang lebih tinggi diletakkan di mana Bukit Merah tidak mungkin akan berulang”.
Akan tetapi, di bahagian Lynas merawat sisanya dan mengitar semula bahagian tidak beradioaktif kepada bahan pembinaan. Tidak semua yakin Lynas mampu membuat sisanya bebas sepenuhnya dari radiasi atau mampu melindungi pekerjanya dari pendedahan ketika melakukan pemprosesan. “Saya fikir ini ialah realistic” kata Chee Hong Lee, jurutera kimia dari Kuala Lumpur yang mengkaji pelan Lynas.
Saya telah menghabiskan beberapa hari bercakap dengan orang lain berkenaan kilang baru dan saya akan menulis lebih lanjut di masa datang. Ikuti kisah ini.
A new friend I made in Papan.
Source URL: http://motherjones.com/environment/2012/02/rare-earths-lynas-bukit-merah-malaysia
Links:
[1] http://en.wikipedia.org/wiki/Rare_earth_element
[2] http://www.bloomberg.com/news/2010-12-28/china-cuts-first-round-rare-earth-export-quotas-by-11- correct-.html
[3] http://www.lynascorp.com/
[4] http://www.nytimes.com/2012/02/01/business/global/rare-earth-metal-refinery-nears-approval-in- malaysia.html?ref=global
[5] http://www.nytimes.com/2011/03/09/business/energy-environment/09rareside.html
[6] http://www.oldtown.com.my/
[7] http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/6/13/nation/6444922&sec=nation
[8] http://www.lynasandmalaysia.com/

